Learning is a process of active
engagement with experience. It is what people do when they want to make sense
of the world. It may involve the development or deepening of skills, knowledge,
understanding, awareness, values, ideas and feelings or an increase in the
capacity to reflect. (Bround M., Reiss M., 2004). While, teaching has a
scientific basis, its practices are based on research and scientific evidence.
Teaching is also an art based on teachers’ experiences and the wisdom of
practice. (Arends R., 2004). Today’s school require teachers who have a
repertoire of effective strategies so need of all children can be met. The aims
of chemistry curriculum for secondary school are to provide students with the
knowledge and skills in chemistry and technology and enable to solve problems
and make decision in everyday life based on scientific attitudes and noble
values. So, in teaching and learning teachers need to emphasise the mastery of
skills together with the acquisition of knowledge and the inculcation of noble
values and scientific attitudes. Today have so many literature reviews about
theories, techniques, methods, and approaches in teaching and learning
chemistry.
Saturday, 21 April 2012
Wednesday, 18 April 2012
Teaching Philosophy
A teacher's personal philosophy of education is a critical element in his or her approach to guiding children along the path of enlightenment.
FALSAFAH KURIKULUM KIMIA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insane yang seimbang, harmoni dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insane seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Mata pelajaran Kimia adalah program dua tahun untuk pelajar Tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Ia dirancang untuk membolehkan pelajar memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Pemerolehan dan
penguasaan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan kimia menyediakan pelajar untuk menangani perubahan dan menyumbang ke arah pengurusan diri dan alam sekitar dengan penuh tanggungjaw ab demi kesejahteraan hidup manusia. Mata pelajaran ini menyediakan pelajar dengan asas pendidikan kimia untuk melanjutkan pelajaran ke bidang kimia, bidang yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan kimia serta ke kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Ianya selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains Negara.
TUJUAN KURIKULUM KIMIA
Kurikulum Kimia bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan kimia untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
1. Memperoleh pengetahuan kimia dan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.
2. Memahami pengetahuan kimia yang berkaitan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi, pengurusan alam semula jadi dan sumbernya serta proses industri dalam pelbagai bidang.
3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.
4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.
5. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
6. Menilai maklumat berkenaan dengan bidang kimia dengan bijak dan berkesan.
7. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.
8. Menyedari kepentingan pengurusan alam semula jadi serta sumbernya dengan bijaksana untuk keberterusan hidup manusia sejagat.
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.
Subscribe to:
Posts (Atom)